BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 7, 2012

biLa Aku teRmeNung....


Jika kamu memancing ikan,
setelah ikan itu terlekat pada mata kail
hendaklah kamu mengambil ikan itu.

janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail itu
dan mungkin ia akan menderita selama ia hidup.

begitulah juga setelah kamu memberi banyak penghargaan kepada seseorang.
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu jaga hatinya.

janganlah kamu meninggalkan ia begitu sahaja
kerana ia akan terluka oleh kenangan bersama mu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati mu.


Jika kamu menadah air biarlah berpada.
janganlah mengharap pada takungannya
dan janganlah mengharap ia begitu teguh.
cukuplah sekadar keperluanmu.

apabila sekali ia retak
tentu sukar untukmu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih dapat digunakan lagi.

begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya
janganlah kamu mengaguminya
dan janganlah kamu menggapnya begitu istimewa.

anggaplah dia manusia biasa.
apabila dia membuat kesilapan bukan mudah untuk kamu menerimanya.
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.


jika kamu memiliki sepinggan nasi
yang kamu pasti baik untuk dirimu...mengenyangkan dan berkhasiat..
mengapa kamu berlengah-lengah,
cuba mencari makanan lain,
terlalu ingin mengajar kelazatan,
kelak nasi itu akan basi
dan kamu tidak boleh memakannya,
kamu akan merasa menyesal

begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
yang pasti membawa kebaikkan kepada diri kamu,
menyayangi kamu,mengasihi kamu.
mengapa kamu berlengah-lengah,
terus mencuba membanding-bandingkan dengan yang lain,
terlalu mengajar kesempurnaan.
kelak,kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.
kamu juga akan menyesal.

0 comments: