BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 28, 2012

Hari Nie..

SALAM..

mmmm....bosan lak hari nie..xtau nk bt ape.menghadap benda nie je..bosan jgk.hari2 tgk bnda sama..baca nvel pun da mcm bosan asyk menghadap buku je..kemana pun bawak buku..nk kata ulat buku 2 xda maknanyer...

hari nie 29hb.xsabar2 nk tggu malam nie...abg balik esk pg sampai la 2.lama dah rasa xjmpa abg.padahal baru je dy balik bln1 hari 2.esok g jmpa dy kejap sebelum aku bertolak ke shah alam mlm esk.

25hb aku n family g karnival jom masuk u.
balik 2 ma singgah ambil kek...
birthday aku n fiq..kek ketiga untuk birthday aku...
walau pun kongsi2 xkisah yang penting nama aku da kat kek 2...hehehe

first kek y aku dapat
aku xtau la kek ape tp y penting sdap..kek nie kawan2 aku bg...
terima kasih kawan2 aku semua yang terlibat..

kek ke-2,nie pun xtau kek ape...
kek nie pun sedap jgk..sampai tgal suku kek 2 aku mkn..
kek ni abg yang bg..dy bt kejutan untuk aku mmg terkejut la...
sempat pulak dy berkomplot ngn adik aku n kawan aku...
terima kasih sayang...love u so much...

kek y ke-3...y nie aku tau...
tiramisu...
kek nie mama aku bg...
aku y mintak mama kek nie..lama dah aku nk makan kek nie...besar giler kek nie...
tp xpuas aku mkn...mcm nk lg...
next birthday la aku mama beli lg...
tq so much mama...

terasa bahagia lak..hehe..
5 hb 3 nie da masuk lembaran baru...buku baru...
segalanyer baru...fmly n abg je x baru..
tq for all...y selalu ada kat sebelah aku,temankan aku..
walaupun nyawa ikan,tp aku bersyukur sgt blh bt org y aku teramat syg tersenyum..
selagi aku terdaya aku akan buat,y penting kamu semua gembira..

Tuesday, February 7, 2012

biLa Aku teRmeNung....


Jika kamu memancing ikan,
setelah ikan itu terlekat pada mata kail
hendaklah kamu mengambil ikan itu.

janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail itu
dan mungkin ia akan menderita selama ia hidup.

begitulah juga setelah kamu memberi banyak penghargaan kepada seseorang.
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu jaga hatinya.

janganlah kamu meninggalkan ia begitu sahaja
kerana ia akan terluka oleh kenangan bersama mu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati mu.


Jika kamu menadah air biarlah berpada.
janganlah mengharap pada takungannya
dan janganlah mengharap ia begitu teguh.
cukuplah sekadar keperluanmu.

apabila sekali ia retak
tentu sukar untukmu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih dapat digunakan lagi.

begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya
janganlah kamu mengaguminya
dan janganlah kamu menggapnya begitu istimewa.

anggaplah dia manusia biasa.
apabila dia membuat kesilapan bukan mudah untuk kamu menerimanya.
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.


jika kamu memiliki sepinggan nasi
yang kamu pasti baik untuk dirimu...mengenyangkan dan berkhasiat..
mengapa kamu berlengah-lengah,
cuba mencari makanan lain,
terlalu ingin mengajar kelazatan,
kelak nasi itu akan basi
dan kamu tidak boleh memakannya,
kamu akan merasa menyesal

begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
yang pasti membawa kebaikkan kepada diri kamu,
menyayangi kamu,mengasihi kamu.
mengapa kamu berlengah-lengah,
terus mencuba membanding-bandingkan dengan yang lain,
terlalu mengajar kesempurnaan.
kelak,kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.
kamu juga akan menyesal.